Facebook Badge

Tuesday, December 1, 2009

Eidul-adha

Sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya eidul-adha kepada semua umat Islam. Tahun nie aku menyambut eidul-adha di Johor. Ingatkan nak balik sambut di Kelantan tapi bila fikirkan keadaan cuaca di sana yang tak menentu terpaksa la beraya kat Johor.

Untuk tahun ni Alhamdulillah, aku berkorban 2 bahagian, satu di Kelantan dan satu lagi di Johor. Aku bersyukur kerana dimurahkan rezeki olehNya. Bercakap tentang korban dan pengorbanan ni, kita tidak dapat lari daripada kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail. Betapa besar pengorbanan baginda berdua, tetapi zaman sekarang, apa pengorbanan yang kita buat untuk agama, bangsa dan negara. Cukupkah setakat kita menyembelih lembu, kambing, unta beratus ekor untuk menunjukkan pengorbanan kita?

No comments:

Post a Comment