Facebook Badge

Monday, December 7, 2009

Bola sepak - Satu Pandangan Rakyat Marhaen

Kita semua dah mengetahuinya, keputusan perlawanan bolasepak sukan SEA Laos . Kita tewas 3 -1 di tangan Vietnam selepas membelasah Timor Leste 11 - 0. Apa dah jadi dengan bolasepak kita? kalau kita baca laporan2 akhbar selepas kita menewaskan pasukan kerdil Timor Leste dengan jaringan yang begitu besar, mencipta rekod baru Sukan SEA membayangkan hebatnya team kita, apatah lagi Vietnam hanya menewaskan Timor Lesta dengan 4 -0. Laporan akhbar dan gembar-gembornya kehebatan kita seolah2 kita dengan mudah dapat menewaskan Vietnam. Namun hakikatnya kita boleh buat keputusan sendiri. Apatah lagi dengan laporan yang menyatakan amukan sang harimau terhadap pengadil. Bagi Abe Wie, kalau setakat kita kalah ngan 1 - 0 bolehlah kita katakan mutu kepengadilan kurang memuaskan. tapi kalu dah kena 3 gol... pengadilkah salah?

Kebelakangan ini, mutu bolasepak kita sering menjadi bualan, tambah2 lagi bila adanya kejohanan besar. Apa silapnya? Bagi Abe Wie salah satu sebabnya adalah sistem persekolahan kita yang lebih menumpukan peperiksaan (exam oriented). Banyak sekolah (baca pengetua) yang tidak mementingkan bidang ko-kurikulum. Dari pengalaman Abe Wie yang tak seberapa dalam bidang pendidikan ini, banyak sekolah yang mengadakan aktiviti ko-kurikulum sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Setakat memenuhi kehendak kurikulum dan Falsafah Pendidikan sahaja tanpa berusaha lanjut untuk mengenal pasti dan memperkembangkan lagi potensi dan bakat yang ada.

Dari kaca mata Abe Wie, aktiviti ko-kurikulum seolah2 dianaktirikan di sesetengah sekolah. Kelas tambahan didahulukan, Seminar teknik menjawab soalan diberi keutamaan. Rasanya semua sekolah tidak dapat memenuhi keperluan aktiviti ko-kurikulum tahunan seperti yang diperuntukkan iaitu 18 kali untuk Unit Beruniform, 12 kali untuk Kelab/Persatuan dan Sukan/permainan. Peruntukkan2 masa ini sering kali bertindih dengan program2 lain walau pun sudah lama dirancang dan dimasukkan dalam takwim tahunan sekolah.

Kekangan kewangan, infrastruktur dan jurulatih mahir juga antara punca bidang ko-kurikulum di sekolah menjadi lesu. Tidak ramai guru yang mahir dalam sesuatu bidang terutama bidang sukan di sekolah2 harian biasa. Di samping itu, ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari kepentingan bidang ko-kurikulum (sukan). Bagi Abe Wie, pihak yang berkenaan sepatutnya menyedarkaan ibu bapa kepentingan bidang sukan dan kelebihannya supaya lebih ramai anak2 kita terlibat dalam bidang sukan dari usia muda lagi.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

No comments:

Post a Comment