Facebook Badge

Wednesday, December 2, 2009

Ape-ape aje...

Hari ni aku bertugas untuk SPM, pagi tadi kertas Sains 1(8.00 - 9.15 pg). Kehadiran pelajar alhamdulillah, semua hadir kecuali 3 orang yang memang dah berhenti sekolah.

Dalam pada aku bertugas tu, tiba2 pengetua panggil, aku ingatkan apa, rupa2nya dia nk bagitau yang pelan strategik kokurikulum tak ikut 'spec' dia, lepas tu dia suruh aku 'print'dan 'binding' sendiri. Dia tak nak 'binding' sekali dengan bidang kurikulum dan HEM kerana salah format.

Tadi seharian aku cuba edit balik apa yang cikgu-cikgu dah buat ikut format yang baru. Tak pasal-pasal pukul 5 ptg baru aku balik. Macam mereka yang kerja 'opis hour' lak. Tu pun tak siap2 lg, ingat nk sambung kt umah. Tgk2 cd tak boleh buka. Esok kena pegi sekolah lagi, seharian lagi... Kalu boss suruh aku 'binding' sendiri lagi tak tau lah... memang malanglah nasib...

Nak kata silap cikgu2 pun tak patut juga, sebab contoh yang diberi format lama. Cuma yang menjadi kemusykilan tu, nape pelan strategik untuk bidang2 lain boleh buat ikut format baru? tu yang musykil tuh... aku pun sama juga... cisssssss.

Nampaknya terpaksa le aku siapkan sebelum Selasa minggu depan. Boss cuti dan mesyuarat sampai Isnin depan, hehehe....(tanduk dah tumbuh)

Itu la nasib s/u majlis kokurikulum, kena pulak GPK Ko-Ko baru 2, 3 minggu naik pangkat, lg pening s/u

No comments:

Post a Comment