Facebook Badge

Friday, December 11, 2009

KEMBALI...

Abe Wie minta maaf kerana agak lama tidak meng'update'kan blog. Dua tiga hari ni, agak sibuk sikit, sibuk buat kerja dan buat2 sibuk. Sebenarnya Abe Wie tak de ke mana pun, dok rumah je. Kelmarin abang ipar datang rumah, dia ada interview semalam. Abang ipar pesara tentera, baru je pencen 4 -5 bulan lepas. pangkat berhenti boleh tahan la juga untuk LLP. Nak kata pencen tak cukup, taklah juga, tapi memandangkan anak2 masih lagi sekolah, yang sulung tingkatan 5 tahun depan maka Abe Wie rasa wajarlah dia mencari kerja uuntuk menambah pencen yang dia dapat.Sayangnya tak de rezeki dia.

Seperti yang Abe Wie kata tadi, pencen abang ipar ni boleh tahan la, tapi lepas tolak hutang rumah, kereta dsb, berapa sangat yang tinggal. Dia pulak dah kena tipu ngan satu pemaju, beli rumah tapi terbengkalai. Ingatkan dah pencen dapat duduk rumah sendiri, alih2 kena menyewa jugak. Mana nak bayar hutang rumah, mana nak bayar sewa rumah... pening2...

Ini yang Abe Wie nak kongsi pandangan, tentang pemaju yang tidak berhati perut nih...
Kita dah banyak kali dengar dalam tv, baca dalam suratkhabar tentang projek perumahan terbengkalai. Bila Abe Wie baca, dengar berita macam tu, macam2 perasaan yang datang, marah..Kalau ikut hati 'nak tembak je pemaju dengan senapang gajah'.

Jika kita perhalusi, di mana letak undang2 berkaitan perumahan ni, bila ada masalah terbengkalai, yang sering menjadi mangsa adalah pembeli, apa tindakan yang diambil terhadap pemaju???? Selalunya komen pak2 menteri, kita 'blacklist'kan pemaju yang ingkar. Tapi setiap tahun, kes2 projek yang terbengkalai makin banyak. Persoalannya, sudah berapa ramai pemaju yang disenarai hitamkan?

Selalunya pemaju2 yang ingkar ini adalah pemaju yang modalnya tak seberapa tapi 'cable' politiknya 'baek punyeeeee'. Ini jenis pemaju yang tau berniaga tapi nak berniaga kerana ada peluang (baca kabel).

Jadi Abe Wie harap pihak yang berkaitan dapat mengetatkan syarat2 untuk menjadi pemaju nih, pastikan hanya pemaju2 tulin sahaja yang dibenarkan. Kesianlah pada rakyat yang menjadi mangsa. Baru sesuai dengan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'.




SEKIAN. WASSALAM

No comments:

Post a Comment