Facebook Badge

Friday, November 13, 2009

Markah Ko-ku dan Nasibnye....

hari ni aku gi keje dgn niat nak siapkan marking paper maths, tp aku hanya merancang, tuhan yang menentukan. smapai kt sekolah je, GPK Koku dah tunggu minta tolong siapkan markah 10% untuk pelajar form 5 2009.
Terkial2 aku nk key-inkan markah diorang. Dah le ramai yang tak hantar buku penilaian ko-ku, pening aku nak cari maklumat. Budak2 ni pun satu hal, diorg langsung tak ambil tau pasal markah ko-ku. Mereka tak rase markah ko-ku tu penting. Mak bapa pun sama, ade yang tak ambik kesah anak mereka tak dtg ko-ku. Memang tak dinafikanlah markah akademik tu penting, tp harus diingat dalam keadaan sekarang, persaingan ke IPTA sangat sengit.

Markah akademik semata2 tidak dapat membantu kemasukan ke IPTA. Sebab tu kalau kita tgk ade student yg cemerlang SPMnya tp gagal ke IPTA dpt biasiswa dsbnya. Cuba kita renungkan sekejap, di mana salahnya... salah satu sbbnye ialah markah ko-ku mereka kurang berbanding dgn mereka yg lain.

Byk pulak aku membebel. Berbalik pada cerita nak key-in markah tadi, dekat 3 jam aku mengadap laptop key-inkan 'benda' tu, dua kelas pun tak abis. Lembab betul aku buat keje. Janji dgn GPK Ko-Ku nak sambung esok. Kebetulan esok ade gotong-royong kt sekolah aku-projek bumi hijau.

No comments:

Post a Comment