Facebook Badge

Saturday, December 5, 2009

Sejenak...

Hari ni xde apa yang menarik disebabkan kesihatan aku yang tak begitu baik, kepala sakit, pinggang ke bawah rasa cam sengal2 je. Dah 2 hari mcm ni. Hari ni lepas makan, tidur je.

Hari ni xde apa sangat yg nk aku kongsikan, cuma aku tertarik ngan berita gempak dalam seminggu dua ni, berita MB Kelantan nk berdoa kemusnahan masa depan UMNO dan PM. Riuh rendah jadiknya bila TGNA mintak rakyat Kelantan berdoa. Aku bukan nk sokong TGNA, tp dalam soal royalti minyak tu aku lebih suka diberikan terus kepada kerajaan negeri.

Persoalan disini kenapa Petronas x mahu serahkan saja kepada kerajaan negeri sbg royalti? Kenapa nk jdkan sbg wang ihsan? Kita tgk dulu di Terengganu, drpd royalti kepada wang ihsan, hanya untuk kepentingan politik masing2, baik UMNO, baik PAS.

Tetapi pada pandangan aku, apabila kerajaan pusat yg mengendalikan wang ihsan tanpa kerjasama kerajaan negeri, tak byk yg boleh dibuat. Apa pembangunan yg kerajaan pusat blh buat tanpa kerjasama kerajaan negeri. Nak buat sekolah, kena mintak tanah kerajaan negeri, Nak buat hospital, kena mintak tanah kerjaan negeri...

Atau, adakah nanti wang ihsan itu akan jd sebagaimana Terengganu dulu, dekat2 hari raya dapat RM600, hujung tahun nak buka sekolah dapat RM600, akhirnya jadilah rakyat Kelantan macam peminta sedekah atas harta sendiri di dalam tanah tumpah darah sendiri.

No comments:

Post a Comment