Facebook Badge

Wednesday, December 23, 2009

KEMBALI...

Abe Wie mohon maaf kerana agak lama menyepi, dah lama juga tidak menulis. Bukan apa, seminggu dua ni sibuk sikit. Minggu ni, tiap2 hari kena hadir mensyuarat di sekolah. Persediaan untuk menghadapi sesi 2010. Bermula 21/12, Isnin mesyuarat guru kali pertama 2010 berlangsung dari 8.30 am - 12.30 pm. Itu pun baru Pengetua sorang je bercakap. Hari itu hanya dipenuhi dengan taklimat dan komen Pengetua. Penilaian sepanjang 2009 dan harapan pada 2010.

22/12 Selasa, 8.30 am - 12.00 noon berlangsung pula mesyuarat Kurikulum yang diPengerusikan oleh GPK 1. Dalam mensyuarat ini tak ada apa yang dibincangksn. pengetua masuk sekejap menerangkan tentang Perancangan Strategik.

23/12 Rabu mesyuarat panitia mengikut bidang, bidang Sains Sosial, Sains dan Matematik, Bahasa dan Teknik & Vokasional. Perbincangan tertumpu kepada perancangan setiap panitia untuk menghadapi 2010. Bagaimana nak mengaplikasikan Perancangan Strategik?

Esok, 24/12 mesyuarat HEM dan Kokurikulum. Dijangkakan tengah hari baru abis.

Untuk pengetahuan semua, tahun depan nama sekolah Abe Wie mengajar akan ditukar nama dan juga bakal menjadi satu sesi selepas mendapat bangunan peninggalan sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment