Facebook Badge

Saturday, January 23, 2010

AL-FATIHAH




Al-Marhum sultan Johor Mangkat jam 7.15 malam pada 22 Januari 2010

Monday, January 18, 2010

Keluhan Nurani Rakyat

JPJ kena faham manfaat cermin gelap

SAYA tertarik untuk mengulas laporan seorang wartawan dalam berita mengenai operasi cermin gelap yang disiarkan baru-baru ini. Pihak berkuasa patut bertimbang rasa dalam mencipta peraturan, sesuai dengan kehendak masyarakat pengguna.

Dalam hal ini saya ingin mempersoalkan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Estima, Alphard, Wish dan Exora.

Wajar tindakan diambil jika keseluruhan kenderaan dipasang cermin gelap, tetapi kebanyakan kereta import sudah a digelapkan di bahagian penumpang dan tempat letak barang.

Seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi MPV kerana tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.

Saya bersetuju jika pengguna menggelapkan cermin depan atau tempat pemandu dikenakan tindakan kerana menyukarkan penguat kuasa melihat pemandu tetapi pada masa sama, bahagian penumpang hingga ke belakang MPV wajar digelapkan atas faktor keselamatan dan keselesaan penumpang.

Konsep rekaan ini sudah dikaji oleh negara maju seperti Jepun bagi menjamin keselamatan barang dan penumpang. Dalam hal seharusnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh bersikap lebih mesra pengguna.

_____________________________________________________________________________________

Petikan surat pembaca yang tersiar dalam Berita Harian 18 Januari 2010.

Abe Wie : Setuju dengan pandangan pembaca ini, tidak semua kereta yang bercermin gelap itu untuk menunjuk-nunjuk. Semua orang tahu cuaca zaman sekarang semakin panas, kalau panas, panas terik kesan daripada 'global warming'. Cermin gelap dipasang adalah untuk mengelakkan kehangatan bahang mentari di tengah hari waktu matahari terpacak di atas kepala. Ramai yang mengeluarkan sekurang2nya 5,6 ratus ringgit hanya untuk memasang cermin gelap atau 'tinted'. Pernah ke JPJ atau pak2 menteri fikir kenapa ramai yang sanggup korbankan wang sebanyak itu hanya untuk 'tinted' kereta mereka kalau bukan untuk mengelakkan bahang mentari. Jika setakat nak tunjuk eksyen baik pasang cermin gelap yang harganya bawah seratus ringgit.Dulu Abe Wie pernah terbaca komen pak menteri tentang isu cermin gelap ni. Kata beliau, kenapa perlukan cermin gelap? semua kereta sekarang dah dipasang penyaman udara...

Abe Wie cuma nak tanya pak menteri tersebut, dia pakai kereta apa? kereta rasmi je Perdana V6, kereta peribadi???? kancil..., MyVi..., Saga ... jangan haraplah... kalau tak Merc pun koman2 Honda. Cuba la pak menteri luangkan sedikit masa bandingkan penyaman udara kereta pak menteri dengan penyaman udara kereta kancil 660, mana yang lebih nyaman.... jangan kata kancil 660, Proton Iswara 1.3 Abe Wie tu pun tak rasa kemana sejuknya. Jenuh berpeluh dulu baru rasa sejuk. Waja tu boleh tahan sikit.

Harapan Abe Wie agar kerajaan dapat mengkaji semula penggunaan cermin hitam ni.

London 2012 - Emas?





Chong Wei selepas menjuarai Super Series Terbuka Korea.
Adakah harapan untuk London 2012???????

Sunday, January 17, 2010

Kelantan Mahu Mata Penuh 2

Malam tadi Abe Wie tengok sikit-sikit siaran langsung Liga Super di TV1, Perlis vs Kelantan. Awal-awal tu Abe Wie ingat nak tengok sampai abis tapi 10 minit tengok selera makin hilang. Abe Wie tengok team Kelantan main macam ntah apa2. Abe Wie nak cakap pun susah, tak tau nak cakap. Abe Wie rasa permainan yang ditunjukkan malam tu macam tak mencapai piawai pemain pro.

Nampak macam beratnya je bola tu... hantaran selalu tak menjadi, bola tak sampai dll. Abe Wie selalu juga tengok team sekolah bawah 18 main. Rasanya lebih kurang je permainan mereka, bezanya tak banyak, satu team pro, satu team lagi budak sekolah.

Macamana Kelantan nak maju tahun nih. Walau apa pun tahniah kerna berjaya dapat 1 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah. Usaha lagi.


GOMO KELATE GOMO

Saturday, January 16, 2010

Putera Raja Ambo



Bukan senang nak cari anak raja macam ni. Abe Wie bangga jadi rakyat Kelantan. Daulat Tuanku.

KELANTAN Mahu mata penuh...

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my




AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI terus menjadi sandaran Kelantan bagi merobek gawang Perlis pada aksi Liga Super malam ini.



KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini.

Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B. Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu.

Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu.

"Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada separuh akhir Piala Malaysia lalu tetapi seperti juga kita, mereka juga menjadi sebuah pasukan yang berbeza untuk musim baru ini.

"Menewaskan Kedah di Alor Setar bukan tugas yang mudah tetapi mereka berjaya melakukannya dan kita perlu lebih berhati- hati," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, pemain The Red Warriors perlu bersedia dari segi mental terutama ketika berdepan dengan penyokong tuan rumah yang pastinya akan membanjiri stadium.

Katanya, jika memandang rendah kemampuan lawan, ia akan mengundang padah.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan keupayaan pemain terutama barisan pertahanan. Kita satu-satunya pasukan yang belum dibolosi dan ia perlu dikekalkan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menamakan dua pemain Perlis, Azrul Ahmad dan Ahmad Fakri Saarani sebagai pemain yang mampu menghampakan The Red Warriors.

Jelasnya, Kelantan masih belum mendapat- kan khidmat dua pemain tonggak, Norfarhan Mohamad dan Zairul Fitree Ishak yang masih dibelenggu kecederaan.

"Kedua-duanya masih belum boleh disenaraikan kerana cedera dan apa yang lebih positif adalah semua pemain berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama," jelas- nya.


Abe Wie : Dah lama sebenarnya Abe Wie tidak mengikuti perkembangan bolasepak Kelantan. Kali terakhir pemain2 Kelantan yang berada dalam kepala Abe Wie ialah pemain2 di zaman Hashim Mustapha, Zami, Salim mahmud dll. Cuma setahun dua ni peningkatan prestasi Kelantan berjaya menarik minat abe Wie untuk mengikuti serba sedikit perkembangan bolasepak Krlantan. Tahniah kepada Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA.

Cuma Abe Wie harap janganlah prestasi ni macam zaman dulu2, macam yo-yo, tahun ni naik, tahun depan merundum. Abe Wie nampak, dulu politik dalam bolasepak Kelantan amat kuat, masing2 nak tonjolkan diri bila prestasi naik, tapi apa pun pasal bola dia tak tau.

Harapan abe Wie tahun ni Kelate dapat membawa balik Piala ke negeri tercinta.

GOMO KELATE GOMO.

Masalah?

Beras murah habis

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my

ALOR SETAR - Masalah kesukaran untuk mendapatkan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini kembali menghantui orang ramai dan terbaru melibatkan penduduk di Kedah apabila bekalan beras itu dikatakan sudah tidak terdapat di pasaran sejak sebulan lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail mendakwa, tinjauan pihaknya di beberapa daerah di negeri tersebut mendapati, bekalan beras ST15 itu sudah tidak ada di pasaran.

"Kita mendapat maklumat mengenai masalah ini daripada orang awam dan kami melakukan tinjauan di beberapa daerah seperti Sik, Kulim, Baling dan Kota Setar dan mendapati memang beras ST15 tiada langsung di pasaran," katanya.

Menurut Yusuff, beliau difahamkan masalah itu berlaku disebabkan pembahagian kuota bagi beras ST15 yang tidak mencukupi oleh pihak Kawal Selia Padi.

Abe Wie : Ini satu lagi contoh kurangnya pemantauan oleh pihak yang berwajib. Sepatutnya pihak kerajaan perlu mengambil berat masalah ini kerana beras adalah keperluan utama tanpa mengira status, apatah lagi bagi golongan berpendapatan rendah, beras subsidi merupakan satu keperluan yang mendesak. Jika ditanya semua orang tak ingin makan beras ST15, tapi apakan daya kemampuan tidak ada.

Jadi buat pihak-pihak bertanggungjawab, pastikanlah bekalan beras ST15 berjalan dengan lancar. Jika tidak apa gunanya SUBUR, jangan sampai SUBUR dirakyatkan menjadi #UBUR.

Friday, January 8, 2010

PAS Kutuk Keras Tindakan Serang Gereja

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.


Komen Abe Wie : Kerajaan perlu cepat selesaikan isu penggunaan kalimah ALLAH ni. Sebelum bara menjadi api. Semoga kita dalam lindungan Allah yang Maha Esa.

Mahkamah Malam

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Jan. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan berjumpa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi untuk mewujudkan mahkamah malam bagi membicarakan kes-kes jenayah jalanan.

Hishammuddin berkata, kaedah itu adalah strategi untuk mempercepatkan proses perbicaraan dan memastikan suspek kes jenayah tidak mengulangi kesalahan mereka semasa menunggu perbicaraan.

Menurutnya, perbincangan juga akan dijalankan dengan Jabatan Peguam Negara untuk memastikan proses pendakwaan dapat dijalankan dengan lancar.

‘‘Kita tidak mahu lagi berlaku setelah peragut ditangkap polis, tetapi kita menghadapi masalah kekurangan pendakwa atau mahkamah tiada masa untuk mendengar kes sehingga menyebabkan perbicaraan ditangguh sehingga setahun.

‘‘Keadaan ini mungkin menyebabkan peragut itu diikat jamin dan melakukan jenayah ragut lain dalam tempoh masa menunggu perbicaraan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, dua inisiatif pencegahan jenayah lain yang akan dilaksanakan termasuk pengenalan polis peronda motosikal dan balai polis bergerak.

‘‘Balai bergerak pertama akan mula beroperasi pada Februari dan kesemua 50 balai bergerak akan diumumkan menjelang Jun ini.

‘‘Pasukan rondaan motosikal pula akan membuat rondaan secara berpasangan untuk sampai ke lokasi dengan cepat,” katanya.

Mengenai 400,000 keping MyKad yang belum dituntut, Hishammuddin berkata, anggota Rela mungkin boleh memainkan peranan untuk mencari pemohon yang belum mengambil kad masing-masing.

‘‘Daripada mendenda, lebih baik jika Rela mencari pemohon berkenaan kerana terdapat pemohon yang tinggal di kawasan pedalaman,” katanya.

Komen Abe Wie: Macam permah dengar je pasal Mahkamah Malam ni sejak 3, 4 tahun lepas.

Sunday, January 3, 2010

TAHUN BARU... AZAM BARU?

Rasanya belum terlambat untuk Abe Wie ucapkan selamat tahun baru kepada semua penjengok. Apabila tibanya penghujung Disember semua orang berkira2 memasang azam baru tanpa menyedari atau sengaja melupakan azam lama, adakah azam lama telah tercapai? Separuh tercapai? Suku tercapai atau langsung ......

Tapi itulah lumrah alam, setiap penghujung Disember semua orang memperkatakan azam baru. Bagi Abe Wie bila ditanya apakah azam 2010, agak sukar untuk menjawabnya kerana Abe Wie sendiri pun tak tau adakah Abe Wie mempunyai azam. Apakah azam itu sama macam perancangan? Sama macam nazar? dan sebagainya.

Abe Wie daripada dulu lagi tidak mengambil berat akan hal azam mengazam nih, tetapi ada sedikit perancangan untuk menjadi lebih baik dari tahun ke tahun.
Walau apa pun Abe Wie harap semua azam menjadi kenyataa.

SELAMAT TAHUN BARU 2010