Facebook Badge

Saturday, January 16, 2010

Masalah?

Beras murah habis

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my

ALOR SETAR - Masalah kesukaran untuk mendapatkan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini kembali menghantui orang ramai dan terbaru melibatkan penduduk di Kedah apabila bekalan beras itu dikatakan sudah tidak terdapat di pasaran sejak sebulan lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail mendakwa, tinjauan pihaknya di beberapa daerah di negeri tersebut mendapati, bekalan beras ST15 itu sudah tidak ada di pasaran.

"Kita mendapat maklumat mengenai masalah ini daripada orang awam dan kami melakukan tinjauan di beberapa daerah seperti Sik, Kulim, Baling dan Kota Setar dan mendapati memang beras ST15 tiada langsung di pasaran," katanya.

Menurut Yusuff, beliau difahamkan masalah itu berlaku disebabkan pembahagian kuota bagi beras ST15 yang tidak mencukupi oleh pihak Kawal Selia Padi.

Abe Wie : Ini satu lagi contoh kurangnya pemantauan oleh pihak yang berwajib. Sepatutnya pihak kerajaan perlu mengambil berat masalah ini kerana beras adalah keperluan utama tanpa mengira status, apatah lagi bagi golongan berpendapatan rendah, beras subsidi merupakan satu keperluan yang mendesak. Jika ditanya semua orang tak ingin makan beras ST15, tapi apakan daya kemampuan tidak ada.

Jadi buat pihak-pihak bertanggungjawab, pastikanlah bekalan beras ST15 berjalan dengan lancar. Jika tidak apa gunanya SUBUR, jangan sampai SUBUR dirakyatkan menjadi #UBUR.

No comments:

Post a Comment