Facebook Badge

Monday, January 18, 2010

Keluhan Nurani Rakyat

JPJ kena faham manfaat cermin gelap

SAYA tertarik untuk mengulas laporan seorang wartawan dalam berita mengenai operasi cermin gelap yang disiarkan baru-baru ini. Pihak berkuasa patut bertimbang rasa dalam mencipta peraturan, sesuai dengan kehendak masyarakat pengguna.

Dalam hal ini saya ingin mempersoalkan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Estima, Alphard, Wish dan Exora.

Wajar tindakan diambil jika keseluruhan kenderaan dipasang cermin gelap, tetapi kebanyakan kereta import sudah a digelapkan di bahagian penumpang dan tempat letak barang.

Seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi MPV kerana tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.

Saya bersetuju jika pengguna menggelapkan cermin depan atau tempat pemandu dikenakan tindakan kerana menyukarkan penguat kuasa melihat pemandu tetapi pada masa sama, bahagian penumpang hingga ke belakang MPV wajar digelapkan atas faktor keselamatan dan keselesaan penumpang.

Konsep rekaan ini sudah dikaji oleh negara maju seperti Jepun bagi menjamin keselamatan barang dan penumpang. Dalam hal seharusnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh bersikap lebih mesra pengguna.

_____________________________________________________________________________________

Petikan surat pembaca yang tersiar dalam Berita Harian 18 Januari 2010.

Abe Wie : Setuju dengan pandangan pembaca ini, tidak semua kereta yang bercermin gelap itu untuk menunjuk-nunjuk. Semua orang tahu cuaca zaman sekarang semakin panas, kalau panas, panas terik kesan daripada 'global warming'. Cermin gelap dipasang adalah untuk mengelakkan kehangatan bahang mentari di tengah hari waktu matahari terpacak di atas kepala. Ramai yang mengeluarkan sekurang2nya 5,6 ratus ringgit hanya untuk memasang cermin gelap atau 'tinted'. Pernah ke JPJ atau pak2 menteri fikir kenapa ramai yang sanggup korbankan wang sebanyak itu hanya untuk 'tinted' kereta mereka kalau bukan untuk mengelakkan bahang mentari. Jika setakat nak tunjuk eksyen baik pasang cermin gelap yang harganya bawah seratus ringgit.Dulu Abe Wie pernah terbaca komen pak menteri tentang isu cermin gelap ni. Kata beliau, kenapa perlukan cermin gelap? semua kereta sekarang dah dipasang penyaman udara...

Abe Wie cuma nak tanya pak menteri tersebut, dia pakai kereta apa? kereta rasmi je Perdana V6, kereta peribadi???? kancil..., MyVi..., Saga ... jangan haraplah... kalau tak Merc pun koman2 Honda. Cuba la pak menteri luangkan sedikit masa bandingkan penyaman udara kereta pak menteri dengan penyaman udara kereta kancil 660, mana yang lebih nyaman.... jangan kata kancil 660, Proton Iswara 1.3 Abe Wie tu pun tak rasa kemana sejuknya. Jenuh berpeluh dulu baru rasa sejuk. Waja tu boleh tahan sikit.

Harapan Abe Wie agar kerajaan dapat mengkaji semula penggunaan cermin hitam ni.

No comments:

Post a Comment