Facebook Badge

Saturday, January 16, 2010

KELANTAN Mahu mata penuh...

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my




AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI terus menjadi sandaran Kelantan bagi merobek gawang Perlis pada aksi Liga Super malam ini.



KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini.

Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B. Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu.

Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu.

"Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada separuh akhir Piala Malaysia lalu tetapi seperti juga kita, mereka juga menjadi sebuah pasukan yang berbeza untuk musim baru ini.

"Menewaskan Kedah di Alor Setar bukan tugas yang mudah tetapi mereka berjaya melakukannya dan kita perlu lebih berhati- hati," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, pemain The Red Warriors perlu bersedia dari segi mental terutama ketika berdepan dengan penyokong tuan rumah yang pastinya akan membanjiri stadium.

Katanya, jika memandang rendah kemampuan lawan, ia akan mengundang padah.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan keupayaan pemain terutama barisan pertahanan. Kita satu-satunya pasukan yang belum dibolosi dan ia perlu dikekalkan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menamakan dua pemain Perlis, Azrul Ahmad dan Ahmad Fakri Saarani sebagai pemain yang mampu menghampakan The Red Warriors.

Jelasnya, Kelantan masih belum mendapat- kan khidmat dua pemain tonggak, Norfarhan Mohamad dan Zairul Fitree Ishak yang masih dibelenggu kecederaan.

"Kedua-duanya masih belum boleh disenaraikan kerana cedera dan apa yang lebih positif adalah semua pemain berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama," jelas- nya.


Abe Wie : Dah lama sebenarnya Abe Wie tidak mengikuti perkembangan bolasepak Kelantan. Kali terakhir pemain2 Kelantan yang berada dalam kepala Abe Wie ialah pemain2 di zaman Hashim Mustapha, Zami, Salim mahmud dll. Cuma setahun dua ni peningkatan prestasi Kelantan berjaya menarik minat abe Wie untuk mengikuti serba sedikit perkembangan bolasepak Krlantan. Tahniah kepada Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA.

Cuma Abe Wie harap janganlah prestasi ni macam zaman dulu2, macam yo-yo, tahun ni naik, tahun depan merundum. Abe Wie nampak, dulu politik dalam bolasepak Kelantan amat kuat, masing2 nak tonjolkan diri bila prestasi naik, tapi apa pun pasal bola dia tak tau.

Harapan abe Wie tahun ni Kelate dapat membawa balik Piala ke negeri tercinta.

GOMO KELATE GOMO.

No comments:

Post a Comment